Kawan-kawan setia

Sabtu, 7 Februari 2009

Tajuk Berita Harian (pembohong besar..)




1. Bila masa pulak DS Nizar hina Paduka Sultan Perak yang beliau sayangi, kalau kata NATANG tu baru dikatakan menghina. Pelik sungguh BH ni, kata natang kat Sultan Terngganu tak ada apa-apa, tak menghina, merafak sembah supaya Tuanku Sultan menimbangkan semula keputusan dikatakan menghina...

2. Ni lagi satu BH pembohong besar, DS Nizar ke pejabatnya untuk mengambil barang-barang sendiri, tidak dibenarkan oleh Rahman SU malah dimaki hamunnya DS Nizar. Ingat sikit dia MB Perak walaupun bagi kamu bekas MB Perak, tak tahu ke rasa hormat. Bila dapat masuk pejabat keadaan pejabat macam tongkang pecah segala peralatan nya sudah dihumban entah ke mana. Alih-alih dikeluarkan tajuk utama BH, DS Nizar pulak buat kecoh. Lu pikir la sikit BH, Baru satu hari DS Nizar dikatakan dilucutkan jawatan, tanpa surat resmi, tanpa kaedah undang-undang, tak kan berlari 100km sejam untuk mengeluarkan segalanya, bagi lah masa, Tajol Risli dulu 2 bulan baru keluar kediaman rasmi MB, apa cerita ni BH

3. MB Mungkir janji...dah malah nak ulas, makhluq ni bukan faham pun, memang pekak badak.

Tiada ulasan: