Kawan-kawan setia

Jumaat, 27 Februari 2009

Ugut lagi..

Laporan media hari ini memaparkan TPM Najib memberi amaran sesiapa yang membuat laporan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa. Umum biasanya akan mengagak ugutan ini tertakluk kepada siapa yang melapor, tentunya ditujukan khas kepada PR. "Mereka akan terima padahnya," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan mesyuarat Menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8) Mengenai Jaminan Makanan di sini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak daripada Parti Keadilan Rakyat yang membuat aduan kepada SPRM semalam mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti. ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri, membuat laporan secara berasingan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional dan pusat di pejabat SPRM Perak. Berlainan sekali jika yang membuat laporan dari BN, segera disiasat dan diwar-warkan melalui segala media walaupun dakwaan itu belum tentu benar, kalau boleh yang tak benar sekalipun jika melibatkan pemimpin dan penyokong PR akan diusahan supaya memang benar. Rakyat telah maklum sikap double standard pemerentah sekarang, sudah lali..,cuma hukumannya belum ke tahap berjaya sepenuhnya. Kita akan cuban lagi menghukum pemimpin BN ini dlam PRU ke 13, InsyaAllah. Kita mahu mereka ini sedar Malaysia bukan hak milik peribadi pemimpin UMNO.
Kalaulah TPM Najib seorang yang patriotik menyayangi rakyat, tanpa mengira fahaman politik cakap sajalah "Perkara ini akan disiasat dan kita akan pastikan keadilan ditegakkan tanpa mengira siapa pelapor". Islam mengajar kita dengan jelas, contoh yang popular kes Saidina Ali Karramllahu wajhah, menuduh seorang Yahudi mencuri baju besinya, hakim memrintahkan kes itu disiaat tanpa peduli siapa. Rasulullah sendiri bersabda dengan tegas " Sekiranya anak aku Fatimah mencuri, akan dipotong tangannya". Islam sangat jelas dalam soal keadilan, siapapun tidakakan dianiaya.

Tiada ulasan: