Kawan-kawan setia

Ahad, 1 Februari 2009

Undang-undang lompat parti merugikan BN?

Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup hari ini berkata, cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk memasukkan undang-undang antilompat parti adalah tidak sesuai buat masa ini. "Sememangnya saya setuju untuk dikaji dan dimuatkan dalam perlembagaan.
"Tetapi pada pendapat saya, untuk mengubah perlembagaan kita sekarang ini nampaknya tidak sesuai.
"Kerana kita tidak mahu mengambil risiko oleh kerana Barisan Nasional (BN) sekarang tidak mempunyai dua pertiga majoriti (di Dewan Rakyat) untuk memberi sokongan supaya perlembagaan itu dapat diubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PBRS di sini. Beliau menambah, sememang ada pihak pembangkang yang juga meminta supaya undang-undang ini diwujudkan, tetapi tidak ada cara memastikan sama ada mereka akan betulbetul menyokong perkara tersebut. Sebaliknya, Kurup mencadangkan apa yang boleh diamalkan sekarang adalah kedua-dua pihak pembangkang dan kerajaan supaya tidak menerima mana-mana ahli yang ingin melompat ke pihak masing-masing.
Isu tersebut bangkit apabila Menteri Luar yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menggesa BN Perak supaya mengadakan gerakan besarbesaran bagi mendesak Nasarudin supaya meletak jawatan sebagai wakil rakyat kawasan itu yang dimenanginya atas tiket BN.

Tiada ulasan: