Kawan-kawan setia

Ahad, 1 Februari 2009

Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman kemalangan

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isterinya terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan kuliah Subuh di Selayang pagi ini. Kejadian itu berlaku apabila beliau cuba mengelakkan sebuah motosikal lalu kereta yang dipandu beliau terbabas dan melanggar pembahagi jalan.
Ustaz Ghani mengalami sedikit kecederaan di bahagian dada dan beliau telah dinasihati oleh doktor yang merawatnya supaya berehat dan kini beliau dalam keadaan stabil di rumahnya di Cheras ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Manakala isterinya juga kini sudah stabil tetapi mengalami sedikit trauma dengan kemalangan tersebut dan beberapa pimpinan PAS Melaka telah menziarahi Ustaz Ghani serta mendoakan semoga Ustaz Abdul Ghani segera sembuh.

Tiada ulasan: