Kawan-kawan setia

Sabtu, 21 Mac 2009

Ali Rustam, apa kata bloger Melaka

Hasbullah Pitt (bukan adik Rabuan Pitt atau Brad Pitt, beliau adalah warga Melaka tulin) berkata Ali Rustam tidak perlu meletak jawatan kalau dia tidak bersalah dan setelah dibuktikan tidak bersalah oleh pihak yang berotoriti. Akan tetapi situasi yang berlaku ialah Ali Rustam akur segala keputusan Lembaga Disiplin UMNO bahawa beliau bersalah dan yakin bahawa apa salahnya bersalah. Menurut Hasbullah, sekiranya Ali Rustam benar-benar tidak bersalah, maka dia sepatutnya berani mengatakan dia tidak salah bukan sekadar akur dan buat rayuan dan akur lagi. Apa yang berlaku sekarang ialah seolah-olah Ali Rustam menyalahkan keadaan yakni kenapa pesalah yang lain tidak dilarang bertanding, kenapa beliau (Ali Rustam) seorang sahaja yang dilarang bertanding. Contohnya kalau Ahmad mencuri dan ditangkap dan dikurungkan, mengapa pula Ahmad hanya salahkan, kenapa tak tangkap Abu, dia pun mencuri juga. Kalau Ahmad tidak mencuri, Ahmad sepatutnya berkata dia tidak bersalah, bukan persoalkan jenis hukuman.Jadi, sekiranya Ali Rustam tidak bersalah, dan kononnya dianiayai Lembaga Disiplin UMNO, maka laporan ke SPRM oleh Ustaz Kamarudin Sidek dan Syamsul Iskandar adalah sesuatu yang tepat. SPRM boleh menentukan Ali Rustam tidak bersalah, jika dia benar tidak bersalah dan dianiayai Lembaga Disiplin UMNO.
(Komen beliau seterusnya anda bacalah sendiri dalam blog Hasbullah Pitt, ulasan beliau panjang, idea banyak)

Tiada ulasan: