Kawan-kawan setia

Isnin, 23 Mac 2009

Demokrasi ala BN

Entah tangan ghaib mana yang telah mengarahkan KDN menggantung permit Harakah dan Suara Keadilan selama 3 bulan. Harakah pula satu-satunya media milik PAS yang dapat memberi penerangan dasar dan pandangan parti kepada umum khususnya ahli dan penyokong PAS. Dengan edaran yang terhad, jualan yang dikawal, itupun amat ditakuti oleh BN yang khuatir dapat mempengaruhi rakyat yang dahagakan berita 2 hala lebih-lebih lagi menjelang PRK dua Bukit di semenanjung dan satu Batang di Sarawak antara BN dan PR April ini. Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permit akhbar pembangkang berkenaan selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta secara langsung menghalang kempen media dalam menghadapi tiga pilihanraya kecil itu iaitu parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak. Dalam surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak pula memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit hanya telah difaks kepada Harakah hari ini.

Tiada ulasan: