Kawan-kawan setia

Khamis, 12 Mac 2009

Hasutan Iblis

Adakah manusia semakin durjana?, lupa diri dan lupa hari pembalasan. Bila membaca laporan Harian Metro semalam berkenaan nasib seorang gadis yang datang ke KL sendirian untuk mencari pekerjaan, menyara hidup keluarga dikampung, menjadi mangsa ratahan tiga lelaki gila, kenalan seorang wanita yang disangkanya budiman yang dikenali di Hentian Puduraya. Gadis itu khabarnya baru tiba di Hentian Puduraya dari Alor Star, Kedah, tidak mengenali sesiapa, telah disapa oleh seorang wanita berusia 30-an kononya ingin membantu mangsa. Rupa-rupanya ketika minum wanita yang dihasut iblis itu memasukkan sejenis cecair ke dalam minuman mangsa untuk membuatkan gadis itu pening, khayal dan lemah lalu mengikut wanita itu ke rumahnya dan dalam keadaan separuh sedar tiga lelaki tidak dikenali masuk memperkosa mangsa berulang kali yang menyebabkan mangsa pengsan selepas dirogol beberapa jam. Bila tersedar ada lagi lelaki di bilik berkenaan yang cuba memperkosanya, tetapi mangsa melawan dan berjaya melarikan diri terus ke IPD Ampang Jaya untuk membuat laporan.
Moralnya, kisah terajis ini membuatkan kita tertanya-tanya akan tahap keselamatan seorang rakyat Malaysia yang dilindungi perlembagaan. Begitu hina diperlakukan oleh beberapa rakyat Malaysia yang lain tanpa rasa gerun, takut kepada undang-undang negara dan langsung tiada simpati maupun empati kepada sesesorang mangsa. Apa lagi yang durjana itu ialah juga seorang wanita yang dimaklumi sejak zaman-zaman sebagai perihatin, sensitif, berakhlaq, murni lemah-lembut dan sebaginya. Namun hakikatnya situasi kini sudah berubah, wanita ataupun lelaki berlumba-lumba melayani hasutan nafsu dan iblis hingga lupa pembalasan dunia, ditangkap lalu dibicarakan seterusnya dijatuhkan hukuman. Mereka juga lupa satu pembalasan lagi diakhirat oleh Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Melihat, lalu kemana mereka akan lari...

2 ulasan:

Hamirdin b Ithnin berkata...

bagus peringatan anda ini!

al-brangi berkata...

mana-mana pun dah tak selamat lagi di malaysia ni