Kawan-kawan setia

Ahad, 1 Mac 2009

Ibrahim Ali takut kehilangan AP

Bernama melaporkan AP Pasir Mas yang menang atas tiket PAS, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan melayan sebarang desakan pihak-pihak tertentu yang meminta beliau meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen tersebut. Beliau mengakui sedar keadaan tersebut supaya beliau meletak jawatan ekoran kelantangannya menentang parti yang memberi kepercayaan kepadanya bertanding di Parlimen Pasir Mas pada pilihan raya umum yang lalu. "Walau apa yang mereka lakukan untuk memaksa saya letak jawatan, saya tidak akan layan kerana seseorang anggota parlimen tidak boleh bertanding semula sebelum tamat tempoh lima tahun mengosongkan kerusi yang dimenanginya," katanya. "Jadi, tunggulah pilihan raya umum ke-13 nanti, saya akan bertanding semula bagi untuk membuktikan pengaruh sama ada masih diterima pengundi kawasan Parlimen Pasir Mas atau tidak," tambahnya.
Ibrahim berkata, adalah sesuatu yang aneh apabila PAS bertindak meminta beliau meletak jawatan semata-mata kerana beliau menyuarakan pandangan di tempattempat terbuka termasuk di Parlimen. "Prinsip saya sejak dari dulu lagi, suka menyuarakan pandangan dan menentang segala kemungkaran sama ada dalam mana-mana parti sekalipun," katanya.

2 ulasan:

Alias Mohd Yusof berkata...

Dah nama dia pun Ahli Parlimen bebas, kalau dia sentiasa condong ke PR atau sentiasa condong ke BN bukanlah lagi namanya bebas.

PEMUDA PAS KEMAHANG 1 berkata...

Dah namanya Ibrahim ali, bertanding atas tiket manapun, beliau tetap manusia bernama Ibrahim Ali.
Lompat sana sini,
tidak tau kenang budi,
PAS yang hulur simpati pun disumpah maki,
dasar manusia tak sedar diri,
PAS kata pergi Umno kata mari,
mandat rakyat Pasir Mas dia khianati,
tunggulah PRU 13 nanti,
baru kamu kenal gigi dan gusi,
sekarang ini kamu bisa lari,
tapi ingat hukuman rakyat sedang menanti,
buat kamu Ibrahim Ali Al Kataki..

www.pemudakemehe1.blogspot.com