Kawan-kawan setia

Ahad, 22 Mac 2009

Kalau orang Melayu nak selamat bersatu dalam UMNO

Tertarik juga dengan ungkapan keramat bakal Timbalan Presiden UMNO TS Muhamad yang katanya kalau orang Melayu hendak selamat, maka proses restorasi untuk satukan orang Melayu untuk kukuhkan diri, harus ada balik. Kata beliau lagi "Orang Melayu kena bersatu, atau kita akan ulang balik keadaan ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan, kera di hutan disusukan, anak dikendong mati kelaparan. "Apa yang diungkapkan oleh Aminudiin Baki akan berlaku lagi. Kalau tak mahu bersatu, anak kita akan kehilangan hak," kata Muhd Taib dalam wawancara dengan Bernama. Umno, tegas ketua penerangan Umno itu, perlu restorasi untuk mendengar suara, idea orang muda dan mengekalkan perjuangan asal. "Seperti Restorasi Meiji kira-kira 150 tahun lepas. Dulu Jepun diperintah Shogun dan perang. Ia diambil alih dan dilakukan restorasi kesemua nilai-nilai yang baik, iaitu pendidikan dan ketaatan kepada raja, diterapkan. "Bila rakyat kata ini apa yang mereka mahu, rakyat akan ikut. Proses restorasi ke arah perjuangan asal mesti dilakukan," tambahnya.
Kelihatannya 50 tahun lebih UMNO diberi amanah oleh orang Melayu untuk menyatukan mereka, hanya jadi hampas berterbangan, maka siri kedua menyatukan orang Melayu muncul. Sudah berapa ramai presiden UMNO silih berganti, namun belum mampu menguatkan orang Melayu, maka adakah sekarang ini presiden baru UMNO mampu berbuat begitu. Rasanya akan jadi hampas juga, kerana pemimpin UMNO dulu yang sayangkan orang Melayu, berjuang habis-habisan kerana negara pun tak berjaya inikan pula pemimpin UMNO kini penuh dengan rasuah, mengisi tembolok sendiri, pancung-memancung sesama sediri, menganak tirikan bahasa sendiri dengan PSMI, melalaikan anak-anak Melayu dengan bermacam konsert hiburan berbagai bentuk dan macam-macam lagi. Hakikatnya kenyataan beliau seolah hanya bermimpi di siang hari, ucapan plitik semata-mata.

Tiada ulasan: