Kawan-kawan setia

Isnin, 23 Mac 2009

Kenaikan tahunan gaji RM5 pun tak lepas?, ade ke patut

Terkejiut besar bila membaca laporan Malaysiakini Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu yang bersiap sedia meneruskan hasratnya untuk berpiket di perhimpunan agung Umno selepas gagal dalam rundingan dengan majikan. Pengerusi NUJ Utusan, Amran memberitahu Malaysiakini hari ini, kesatuan itu ke balai polis Sentul petang ini untuk memohon permit berpiket, yang dijadual diadakan di penghujung perhimpunan parti itu, Sabtu ini. Menurut Amran, majikannya UM "sengaja melengah-lengahkan" rundingan berhubung perjanjian bersama (CA) untuk, antaranya, pelasaran gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu. NUJ Utusan mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran kumpulan Utusan, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo. Keputusan berpiket dibuat oleh majoriti ahli exco kesatuan dalam mesyuarat mereka pada 11 Mac lalu bagi memberitahu Umno, sebagai pemilik syarikat, mengenai masalah wartawan akhbarnya. Sebelum ini kesatuan telah menghantar surat kepada presiden Umno, timbalan presiden Umno serta beberapa menteri dari Umno tetapi tidak mendapat maklum balas dan piket ini adalah diharapkan menjadi medan komunikasi yang berkesan untuk menyuarakan masalah.

Tiada ulasan: