Kawan-kawan setia

Selasa, 3 Mac 2009

Mencari Do Re Mi

(Foto dari Cina Islam)
Mengikut ceritanya, setelah kerajaan Pasir Berdengung dikhianati oleh Panglima Pasola dan melantik dirinya sebagai Menteri Besar Pasola, maka bersidanglah kerajaan Pasir Berdengung (pembetulan: Pasir Duabutir) di bawah pokok sementara menanti ketibaan Do Re Mi yang banyak ilmu dan hikmah. Yang mana akhirnya dengan kebijaksanaan Do Re Mi, kerajaan sah telah dapat ditegakkan semula. Bunyinya lucu macam katun seperti kata Dr Zambri, namun itu yang berlaku kepada ADUN dan MB sah kerajaan Perak, terpaksa bersidang di bawah pokok. Krisis politik Perak, yang didalangi orang luar Perak, yang mendirikan kerajaan dalam kerajaan secara tidak mengikut undang-undang dan demokrasi yang dijunjung, telah mencemarkan kedaulatan kerajaan Perak dan baginda Sultan Perak.
Walaupun di bawah pokok, sidang DUN pagi tadi berjalan dengan lancar ditempat yang ditetapkan Speaker kira-kira 100 meter dari pintu masuk bangunan SUK. Dewan meluluskan 2 usul yang dibawa oleh ADUN Titi Serong dan ADUN Teja. Sidang tersebut telah dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan speaker sendiri. Ustaz Misbah telah dilantik sebagai SU Dewan mengendalikan sidang tergempar dengan baik.
Kekuatan, kecekalan dan kekentalan ADUN, Speaker dan MB Perak sudah cukup bagi PR tanpa memerlukan Do Re Mi datang membantu. Doa dari orang yang teraniaya tiada hijab, yang perlu PR mesti istiqomah, bersama berjuang demi keadilan untuk semua.

Tiada ulasan: