Kawan-kawan setia

Sabtu, 7 Mac 2009

PAS For All - Mengintai kehilangan 2 permata seni tanah air

Allahyarham Zubir Ali
Bila mendengar lagu puisi 'Penantian' diputarkan di saat ini, tentu saja kita akan teringat dengan alunan syahdu dan bait-bait indah lirik lagu ini yang dinyanyikan oleh komposer, penyanyi dan penulis lirik ini, Zubir Ali yang kini sudah tiada lagi di kalangan kita. Allahyarham Zubir Ali yang merupakan bekas vokalis kumpulan 'Harmoni' telah menghembuskan nafas terakhir semalam 6 March, 2009 di Hospital Pakar Damansara selepas menjalani pembedahan jantung. Arwah Zubir Ali dilahirkan di Alor Setar, Kedah, meninggalkan seorang balu, seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Allahyarham adalah seorang komposer yang juga penyajak dan penyanyi, telah begitu sinonim dan serasi dengan gaya penyampaian dan nada puitis dikalangan rakyat negara ini. Waktu pertama kali Allahyarham memperkenalkan lagu puisi, 'Penantian' bersama kumpulan Harmoni pada awal 1980-an, ramai yang menganggap lagu itu membawa unsur kecewa cinta tetapi ternyata ianya sarat dengan unsur ketuhanan yang mendalam. Kekeliruan itu membawa hikmah apabila lagu 'Penantian' mendapat sambutan hebat hingga ke hari ini. Mungkin, lagu yang amat menyentap memori indah ialah 'Penantian' yang dihasilkan pada tahun 1981, juga 'Doa' dan 'Nyanyian Ombak' (1983). Allahyarham juga pernah menghasilkan lagu untuk peperangan diPalestin, antara yang popular ialah Balada Seorang Gadis Kecil dan Tuan Presiden (2000) dimana lagu berjudul Tuan Presiden adalah kritikan terhadap kepimpinan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush. Bagi orang-orang lama, mungkin akan ingat lagi kepada geng RAP yang popular zaman awal hingga pertengahan 90'an yang dianggotai oleh Sheila Majid, Zainal Abidin, Amir Yussof, Azman Warren, Afdlin Shauki dan Allahyarham Zubir Ali, di bawah naungan dan bimbingan Roslan Aziz.
Kronologi:
Tahun 1980an bersama kumpulan Harmoni, lagu popular Penantian, Nyanyian ombak.
Tahun 1991, album kompilasi RAP yang paling popular, 'Ikhlas Tapi Jauh' juga menampilkan lagu menarik nyanyian Zubir 'Harga Diri'.
Tahun 1996 menghasilkan album kompilasi 'RAP '96' , menampilkan sebuah lagu karya dan nyanyian Zubir, 'Siapakah Memberi Khabar' .
Tahun 2000, menghasilkan lagu Balada Seorang Gadis kecil dan Tua Presiden khusus untuk Palestine.
Tahun 2006, Zubir telah merakamkan sebuah album solo 'Zubir Ali 06' .

Allahyarham Arzmy Mohamad
MUNGKIN tidak ramai mengenali Mohd Arzmy Mohmad, kerana beliau bukan artis tetapi di kalangan karyawan seni, lelaki yang sentiasa mesra senyuman itu sememangnya cukup dikenali. Arzmy adalah orang penting dalam melahirkan penyanyi di syarikat rakaman terkenal, EMI (M) Sdn Bhd telah melahirkan nama-nama besar dunia hiburan tanahair antaranya Allahyarham Sudirman Haji Arshad, Datuk Sharifah Aini, Hail Amir, Uji Rashid, KRU, Ella, Fauziah Latiff, Awie, Amok, Cromok, Butterfingers dan Rabbani. Kreativitinya dianggap unik seperti Amok diberikan imej bertopeng, manakala Amy Search pula ikon bulan dakwah. Bekas Ketua Operasi Bahagian Domestik EMI itu meninggal dunia 5 March 2009, akibat serangan jantung. Pemergian arwah satu kehilangan besar kepada industri muzik yang masih tenat. Vokalis Rabbani, Ustaz Mohamad Asri Ibrahim berkata, jasa Allahyarham cukup besar kepada Rabbani sepanjang 11 tahun bergiat dalam dunia hiburan.“Arwah yang berusaha membawa Rabbani ke EMI dan menaikkan nama kumpulan ini menerusi pelbagai idea yang dicurahkan sehingga terkenal adlah idea arwah Arzmy, begitu juga dengan duet Rabbani bersama Amy Search. Arwah dianggap seorang bapa kepada Rabbani kerana sentiasa menjaga kebajikan kami malah pencetus kepada kemunculan Rabbani. Perkara paling tidak dapat dilupakan ialah cadangan Allahyarham untuk menganjurkan Bulan Sembahyang sebagai satu usaha dakwah. “Tiga hari lalu semasa pelancaran Bulan Dakwah di Kota Bharu, Kelantan, arwah merancang membuat koloborasi antara Amy Search dengan Rabbani untuk menganjurkan Bulan Sembahyang"
(Rujukan: Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro dan MStar)

Tiada ulasan: