Kawan-kawan setia

Sabtu, 7 Mac 2009

Rasa-rasanya..

Keputusan sebenarnya tentulah diputuskan oleh mereka yang berotoriti dalam agama. Berbeza pendapat dalam Islam dibenarkan selagi tidak melibatkan akidah dan Nas yang qatii. Pengikut macam kita tetap akur apa saja yang diputuskan oleh Ilmuan Islam yang berwibawa. Cuma pada pembacaan dan pemerhatian kita rasa-rasanya dalam konteks Malaysia, orang bukan Islam tidak menyebut tuhan mereka dengan sebutan Allah. contohnya mendiang Goh Tong bila ditanya tentang kejadian tanah runtuh di Genting mendiang merujuk kepada tuhan orang Islam dengan berkata "Ini tuhan Allah punya kerja". Maksudnya Allah hanya dirujuk kepada Islam dan bila Allah digunakan oleh agama lain ia akan mengelirukan orang Islam yang tipis iman dan akan mudah diselewengkan akidah mereka ke arah agama lain. Berlainan situasinya bagi negara Arab purba, sebutan Allah biasa digunakan oleh semua. Jadi tidak timbulah masaalah. Ini pendapat saya sahaja sebagai orang biasa dan seperti saya tulis di atas, keputusan muktamad berikanlah kepercayaan kepada ilmuan Islam dan mereka yang berotoriti. Dalam PAS sendiri bermacam pendapat dilontarkan dengan hujah masing-masing seperti Yb Ustaz Taib Azamudden (PAS-Baling) berkata Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam. Bekas Imam Besar Masjid Negara ini berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan. Sementara Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza pula dan senada dengan Tuan Guru Nik Aziz MB Kelantan dimana Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
WalLahu A'lam.

Tiada ulasan: