Kawan-kawan setia

Khamis, 5 Mac 2009

TV3 perlu insaf, dosa terhadap rakyat tiada keampunan

Media alternatif menyiarkan keputusan Kerajaan PAS Kedah akan menyaman TV3 dalam waktu terdekat ini. Keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 adalah ekoran stesyen penyiaran itu berterusan menyiarkan berita yang disifatkan sebagai bohong dan berniat jahat. "Pagi ini saya diberitahu TV3 ulang lagi bahawa Exco derhaka angkat sumpah, ini satu kenyataan yang tidak betul. Kita tidak tahu siapa derhaka. "Oleh kerana dah melampau sangat, saya sudah arah Dato' Penasihat Undang-undang Negeri mengambil tindakan undang-undang kepada TV3 dalam mesyuarat Exco tadi. Kerana dia ada 'mala fide' (berniat jahat) yang berterusan," tegas Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang medianya yang dipetik dari Harakahdaily. Sebelum ini stesyen penyiaran yang sama telah beberapa kali ditegur Menteri Besar atas laporan-laporan mereka terhadap Kerajaan Negeri Kedah.
Antaranya:
Laporan palsu penutupan Tabika Kemas
Isu perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Taman Teknologi Tinggi Kulim
Penggunaan payung kuning di raja dan jet eksekutif
Pembalakan di sekitar kawasan tadahan air dan penternakan babi di Bukit Selambau
Sebenarnya kegairahan TV3 menyiarkan berita-berita palsu dan cuba menggambarkan kumpulan yang tidak menyokong kepimpinan BN/UMNO sebagai jahat, ganas dan sebagainya sudah dimaklumi umum. Jadi siapa sahaja yang mengambil tindakan terhadap TV3 disokong oleh orang ramai supaya TV3 insaf dan berpijak dibumi nyata. Dosa atas kesalahan media yang ditanggung TV3 tuanpunya serta petugas-petugasnya termasuk DJ yang begitu bersemangat membaca berita palsu dan mengadu domba mustahil diampunan oleh mangsa TV3 sejak sekian lama.

Tiada ulasan: