Kawan-kawan setia

Selasa, 17 Mac 2009

Wacana Rukun Negara

Kebetulan pulang bercuti ke Kelantan, saya sempat menghadiri wacana Rukun Negara yang di adakan di Balai Islam Lundang. Mengikut posternya ianya dibarisi personaliti yang hebat-hebat belaka yang terdiri dari Yb Saifuddin, Prof Madya Dr Abu Hassan, Prof Madya Dr Agus dan Yb Dr Fuad Zarkashi. Namun bila tiba saatnya hanya dua panel yang kekal dan moderator yang sepatutnya Dr Agus digantikan oleh Yb Ahmad Baihaqi. Dr Fuad ada sebabnya, kerana menghadiri satu acara yang lebih penting(?) tetapi Dr Agus tidak diketahui sebabnya. Desas desus hadirin yang kedengaran mengatakan Dr Agus takut balik Ke Kelantan, takut kena lutu(?).
Apapun acara tetap berjalan dengan lancar dan meriah cuma sesekali bila Dr Abu Hasan berucap di selangi dengan suara-suara hadirin yang tidak senang dengan stail dan isikandungan ucapan beliau, terlalu akademik dan banyak menyinggung warga tempatan. Tentang Dr Fuad Zarkashi salah seorang hadirin yang diberi peluang bertanyakan soalan memulakan dengan menggelar Dr Fuad yang tak berani ke Kelantan sebagai pemimpin yang tak ada BATU (te...). memang saya akui soalan-soalan dari hadirin terhadap penal kow-kow, yang membuatkan Dr Abu Hasan kadang-kadang tersengih-sengih untuk menjawab. Namun bagi Yb saifudin sebagai seorang yang mempunyai pengalaman luas dan bijak menguasai suasana, beliau amat disenangi oleh hadirin. Pertanyaaan-pertanyaan dijawab dengan kemas, tepat dan berfakta. Satu lagi yang menarik ialah dengan meghadirkan bloger Penarik Beca (Pak Bakar) yang popular dikalangan pembaca blog, sebagai pembantu moderator. Kehadiran PakBakar telah menambahkan kehangatan majlis dengan soalan-soalan yang pedas. Pada saya keberanian dan ketelusan kerajaan Kelantan mengadakan wacana seperti ini akan terus mematangkan pengundi Kelantan dan mungkin hanya negeri yang tunggal membuka ruang kepada pihak lawan untuk sama-sama berhujah di atas pentas dan dihakimi oleh rakyat jelata. Sebelum ini Khairy Jamaludin pernah digandingkan dengan Datuk Husam.

Tiada ulasan: