Kawan-kawan setia

Jumaat, 10 April 2009

Ada agenda tersembunyi ke?

Melihat kepada akibat dan tindakbalas kepada kejadian menggerunkan dan memalukan yang berlaku negeri Serambi Mekah, ada pihak yang bertanya adakah kejadian ini dirancang atau secara kebetulan. Tragedi KB menyebabkan FAM sudah gerun untuk mengadakan perlawanan bolasepak di stadium KB dan pihak keselamatan pula mencadangkan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan diadakan di luar Kelantan. Menurut laporan media perdana TRAGEDI perlakuan ganas penyokong Kelantan di perkarangan Stadium Sultan Mohamad IV, malam kelmarin, mengakibatkan wujudnya saranan supaya semua aksi Liga Malaysia tidak dilangsungkan buat sementara waktu di gelanggang itu. Jawatankuasa Pertandingan, dalam mesyuarat semalam, bersetuju mengalihkan pertemuan Kelantan-Selangor, Sabtu ini, ke Stadium Nasional, tetapi tetap mahu berbincang dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) supaya perlawanan akan datang dapat terus dilangsungkan di Stadium Sultan Mohamad IV.
Dalam insiden di luar stadium itu, sebahagian penyokong tuan rumah bertindak ganas merosakkan lebih 10 kenderaan, termasuk milik Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa. Sebuah kenderaan polis turut diterbalikkan sebelum dibakar bersama sebuah motosikal selain cermin dan pintu masuk stadium dirosakkan serta anggota polis turut dibaling dengan mercun, botol, batu, kayu dan buah-buahan. Annuar turut akur jika itu keputusan beraksi di gelanggang luar yang ditetapkan. Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pula berkata hukuman keterlaluan tidak harus dikenakan kerana apa perlu ditekankan ialah semangat kesukanan. "Penyokong perlu tunjuk semangat kesukanan. Untuk kita sekat penyokong (memasuki stadium), ia agak keterlaluan. Ada langkah lain yang boleh diambil," katanya. Bagi sesetengah warga Kelantan, walaupun kesal dengan kejadian ini melihat jika tindakan mengalihkan perlawanan ini berlaku, maka pendapatan yang selama ini diterima Stadium KB dengan kebanjiran peminat dan penyokong yang ramai akan hilang begitu sahaja. Stadium akan kembali sepi seperti sebelum era kegemilangan bolesepak Kelantan yang naik mendadak, dan tentunya stadium KB akan kehilangan punca pendapatan atau ianya akan beralih ke stadium lain. Ini yang menyebabkan ada sesetengah pihak tercium sesuatu yang berbentuk sabotaj terhadap perbadanan stadium Kelantan dan imej kerajaan Kelantan sendiri. diharap ianya tidak benar.

Tiada ulasan: