Kawan-kawan setia

Ahad, 19 April 2009

Awas penyangak di Bandar Baru Bangi

Dengan menjadikan anaknya berusia tiga tahun sebagai umpan lelaki syaitan ini berpura-pura berpura-pura tidak mengetahui jalan, dan cuba menjadikan seorang pelajar berusia 14 tahun sebagai mangsa pemuas nafsu seksnya ketika gadis itu menunggu bas untuk ke sekolah di Bandar Baru Bangi, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa dihampiri lelaki terbabit yang kononnya mendakwa tidak mengetahui jalan sebelum memintanya menunjukkan arah. Difahamkan, mangsa pada mulanya agak keberatan, namun rayuan lelaki itu yang mengatakan anaknya dalam kesakitan dan tidur di kerusi belakang kereta membuatkan mangsa akur permintaannya.Lelaki itu juga mendakwa dia tidak berniat buruk dan mahu menghantar anaknya yang sakit itu ke rumah saudaranya di Jalan Reko, namun tidak mengetahui arah. Difahamkan, mangsa mengekori lelaki itu ke keretanya dan selepas memastikan anak lelaki terbabit berada dalam kereta, mangsa bersetuju mengikutnya.
Namun, ketika dalam perjalanan, lelaki itu tiba-tiba memberhentikan kereta dan mengeluarkan pisau sebelum mengugut mangsa supaya mengikut arahannya.Menurut sumber, lelaki itu mencabul mangsa dengan meramas buah dadanya.“Lelaki itu turut cuba merogol mangsa, tetapi terbantut apabila mendapati mangsa dalam keadaan haid.“Selepas itu, lelaki terbabit meninggalkan mangsa di tepi jalan dan terus memecut keretanya,” katanya.Sumber itu berkata, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian itu.“Hasil siasatan awal mendapati lelaki berusia 30-an menaiki kereta Perodua Kelisa biru, namun nombor pendaftaran kenderaan itu gagal diperoleh mangsa.“Selain itu, polis turut mengesan seorang saksi yang ternampak kejadian itu bagi membantu siasatan,” katanya.

1 ulasan:

nada rakyat berkata...

PAS patut buat satu program untuk memberi kesedaran kepada rakyat tentang ancaman sedemikian..