Kawan-kawan setia

Rabu, 8 April 2009

Back to the Future

Saya amat tertarik dengan ulasan orang kampong saya yang semakin popular, Prof Madya Dr Abu Hassan yang memberi pandangan beliau biladitemuramah oleh TMJ dalam blognya "Sanggahtoksagor". Disini saya perturunkan semula temuramah beliau dengan Prof Abu Hassan. Temuramah ini dibuat sebelum PRK 059 Bukit Gantang.
Isu 'sembah derhaka' masih digunakan BN dalam kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang, walaupun pada dasarnya 'sembah derhaka' merupakan bahasa beradab sebelum menyatakan pendapat yang bertentangan dengan kehendak Tuanku Sultan. Bagaimana Dr melihat isu ini?DR

ABU HASSAN: Sedari awal lagi saya telah mennyatakan bahawa politik kita masih dhaif kerana kita menyerang secara peribadi. Kita menyerang individu itu dan bukan membincangkan untuk membawa negara ini ke masa hadapan. Begitu juga dengan serangan yang dilakukan terhadap Dato' Seri Nizar Jamalauddin yang menyerangnya dengan isu 'sembah derhaka'.Jadi kita tidak boleh menerima politik yang dhaif ini dan yang tidak dapat memberi keuntungan kepada negara. Kita sekarang sudah berada di kurun 21. Perkara yang paling asas dalam kurun 21 ini adalah mengangkat jauhari lagi budiman. Perkara yang mengangkat 'individual subversif' adalah perkara yang tidak sepatutnya. Ini kerana kita tidak mahu peristiwa yang sudah berlaku dalam sejarah seperti bagaimana Mahsuri dan Dang Anum dibunuh serta Hang Jebat juga tewas. Jadi untuk mengelakkan wujudnya budaya ini serta budaya fitnah dan hasut menghasut, maka seluruh politi kawan tidak kira daripada kawanan mana, perlu mengiktiraf proses demokrasi. Iaitu satu proses yang sangat liberal dan intelektualisma atau kebijaksanaan. Jadi masalah untuk mengurangkan rasuah dan kronisma adalah penting. Media memainkan isu betapa sukar "mendapatkan" calon PAS yang dikatakan "tidak mesra media". Dari satu sudut adakah ia baik untuk PAS? Sebagai seorang ahli politik, Dato' Seri Nizar mungkin mempunyai cara kerja yang telah disusun oleh pakar-pakar daripada parti beliau sendiri. Jadi saya tidak melihat perkara ini mempunyai masalah kepada Nizar serta media itu sendiri. Bagaimana susahnya media untuk mendapatkan Obama sekalipun, Obama tetap juga menang. Itu mungkin strategi yang diatur oleh pihak Nizar. Saya tidak boleh mengulasnya. Tetapi pada pandangan saya setiap ahli politik akan ditentukan sejauh mana dia berjaya secara artikulasi menyampaikan strategi, pemikiran, idealisma serta gerak kerjanya untuk membantu masyarakat di masa depan. Proses artikulasi amat penting dan bukannya sebanyak mana serangan peribadi. Jika mengurangkan hentaman peribadi, itu akan menjadikan demokrasi lebih bersih, lebih baik dan lebih berakhlak.

Sehingga kini bagaimana Dr melihat potensi PAS dalam memenangi pilihan raya Bukit Gantang ini?
Berdasarkan laporan daripada penyelidik sukarela, buat masa ini, pengaruh serta kepercayaan masyarakat terhadap oposisi adalah tinggi. Pada pandangan saya PAS tidak menghadapi masalah daripada segi itu. Di Bukit Gantang terdapat masalah sentimen tafsiran orang Melayu terhadap apa yang berlaku dengan politik di Perak baru-baru ini. Tetapi sokongan terhadap bukan Melayu adalah tinggi.Jadi, terdapat kesimbangan di situ. Pilihan raya di Bukit Gantang adalah unik. Ia bukan sahaja melihat proses integrasi tetapi proses disintegrasi juga berlaku.Proses integrasi akan berlaku apabila kaum-kaum lain masuk ke dalam sistem pemikiran politik Melayu manakala kemungkinan berlaku proses disintegrasi iaitu kaum Melayu keluar daripada proses tersebut.

Harapan Dr terhadap pilihan raya kecil di Bukit Gantang...
Saya begitu berharap pilihan raya kecil Bukit Gantang akan menjadi sebuah 'perayaan demokrasi' yang jauhari lagi budiman iaitu menjauhi politik yang tuduh menuduh.Kita kembali kepada tamadun yang sangat luar biasa dan ajaib. Manalah tahu di Bukit Gantang akan bermula proses demokrasi politik harapan.

Tiada ulasan: