Kawan-kawan setia

Rabu, 15 April 2009

BN Vs BN

Kalaulah berita seperti ini keluar di media pembangkang, Harakah ke Suara Keadilan ke, tentu sekali media perdana akan keluar berita sensasi dan berintegriti berbunyi "Pembangkang Menabur Fitnah". Tetapi kerana berita ini keluar di media perdana cetak dan elektronik, apa nak dikatakan lagi, itulah berita BN vs BN. Semalam kecoh di KT tiga ADUN BN negeri ini membuat laporan polis selepas dikatakan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbaur ancaman terhadap keselamatan. SMS berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kemelut politik BN vs BN di negeri ini. Diberitakan ADUN Ajil, Rosol Wahid membuat laporan tersebut di IPD Hulu Terengganu, dengan diikuti oleh ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh yang membuat laporan sama di IPD Kuala Terengganu. ADUN Permaisuri Abdul Halim ketika ditemui di balai polis itu malam tadi berkata, beliau menerima SMS tersebut yang berbunyi "Baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?". Beliau mendakwa SMS tersebut diterima daripada individu yang dikenalinya iaitu seorang pegawai kanan kerajaan negeri selepas membuat semakan nombor telefon pada diari rasmi kerajaan negeri. menurut media perdana lagi, setakat ini tiga ADUN dilaporkan menerima ugutan berkenaan.

Tiada ulasan: