Kawan-kawan setia

Rabu, 8 April 2009

Double standard lagi

Bercakap di Batang .., Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr James Jemut Masing menyifatkan majoriti besar yang diperoleh Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Batang Air sebagai petanda bahawa pengundi di kawasan itu menolak cara berpolitik Parti Keadilan Rakyat (PKR). Katanya keputusan itu juga menunjukkan rakyat Sarawak mahukan penduduk tempatan menjaga hal ehwal negeri ini dan bagi mengingatkan parti pembangkang yang berpangkalan di semenanjung seperti PKR tidak diterima di negeri ini. "Ini adalah mesej kepada PKR dari penduduk di sini bahawa kami tahu apa yang hendak dibuat di sini dan jangan datang ke sini," kata Dr Masing yang juga Menteri Pembangunan Tanah Sarawak.
Bila bercakapap di Bukit Gantang lain pulak...., kegagalan Barisan Nasional merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau daripada pembangkang bukan bermakna rakyat menolak kepimpinan baru negara yang kini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata terdapat beberapa faktor tempatan dan nasional yang menyumbang kepada kekalahan itu. "Itu adalah jauh sekali kerana (Datuk Seri) Najib baru pegang tampuk pimpinan dan barisan jemaah menteri belum pun diumumkan dan dalam keadaan ini, saya rasa jauh untuk orang menilai kepimpinannya kerana saya mengenali Najib dengan dekat dan melalui beberapa pilihan raya kecil dengannya.
Bila bercakap pasal keganasan lagi berbeit..., Penyokong Umno didakwa cuba membaling botol dan kerusi ke arah penyokong PAS tetapi tidak terkena sasaran, sebaliknya objek itu didakwa tepat menuju anggota polis yang mengawal keadaan.Insiden itu terjadi di luar SMK Pengkalan Aur sekitar jam 11.30 pagi tadi susulan ejek-mengejek antara dua kumpulan penyokong parti tersebut, kata saksi-saksi yang berada di tempat kejadian.Ditemui Malaysiakini petang ini, saksi-saksi berkata polis kemudian mengejar penyokong Umno itu tetapi gagal menahannya.Selepas diberikan amaran oleh polis, satu das gas pemedih didakwa dilepaskan ke arah kumpulan penyokong Umno itu bagi menenangkan keadaan. Keadaan kembali normal selepas 10 minit kemudian.Bagaimanapun, asap gas tersebut juga merebak ke arah penyokong PAS yang berkumpul tidak jauh dari penyokong Umno yang masing-masing ghairah memenangkan calon mereka di Bukit Gantang.Seorang penyokong Umno mendakwa insiden buruk itu bermula daripada provokasi penyokong PAS yang masuk ke kawasan kumpulan BN untuk mencetuskan keadaan yang tidak diingini.Klip video selama lebih tiga minit - yang menggambarkan para penyokong PAS sedang mengalami keperitan akibat gas tersebut - kini telah dimuatnaik di laman perkongsian terkenal Youtube.com. Lihat klip videoIa boleh disaksikan di blog Anil Netto, seorang wartawan sambilan dan aktivis Aliran Kesedaran Negara (Aliran). Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun menyalahkan penyokong PAS yang memulakan kekecohan itu. Sementara naib presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula mempertikaikan klip video itu dengan mendakwa ia mungkin "boleh diambil gambar lama".Mengulas kejadian tersebut kepada wartawan, beliau berkata: "Tidak ada laporan rusuhan dilaporkan menyebabkan gas pemedih mata itu dlepaskan. Blog, itu biasa.Ditanya media tentang klip video insiden tersebut di Youtube.com, Ahmad Zahid berkata: "Itu boleh diambil (daripada) gambar lama."

Tiada ulasan: