Kawan-kawan setia

Rabu, 22 April 2009

Kerana arak...

Kerana mabuk akibat minum arak seorang penoreh getah ditetak di dada dan pipi cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Supritendan Suhaimi Wiro berkata, mangsa yang ditemui mati dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah. Terdapat kesan luka sepanjang 10 sentimeter di dada dan enam sentimeter di pipi mangsa. Seorang lelaki berusia 41 tahun yang dipercayai suspek dalam kes itu ditemui juga berlumuran darah akibat cedera parah di bahagian belakang leher dan dagu. Suspek yang bekerja sebagai juru pandu bot kini dirawat di hospital. Menurut siasatan awal polis mendapati, mangsa dan suspek saling mengenali antara satu sama lain dikatakan sama-sama mabuk selepas minum minuman keras yang dijual di suatu gerai di kawasan itu. Berlaku pertengkaran dan mangsa dikatakan telah menetak suspek di bahagian belakang leher dan dagu menggunakan parang. Selepas terkena tetakan itu, suspek dikatakan telah menolak mangsa dan mengambil parang lalu menetak mangsa pula di bahagian dada kiri dan pipi. Kerana mabuk arak perkara kecil menjadi besar akhirnya saling berbunuhan...Lu pikirlah sendiri sesuatu larangan agama banyak hikmahnya, Allah Maha Mengetahui.