Kawan-kawan setia

Selasa, 28 April 2009

Kes terpeluk sudah menjadi wabak..

Laporan media utama hari ini memaparkan kehebatan pelajar-pelajar di Kuantan pahang dalam merealisasikan budaya baru rakyat Malaysia "budaya terpeluk". Mengikut ceritanya mereka berkumpul di sekitar pantai Teluk Chempedak bagaikan ada satu pesta di situ beramai-ramai bercampur bergaul dengan bebas antara lelaki dan perempuan, tanpa segan silu dipandang pengunjung lain, sama-sama bermandi-manda dan berpeluk-pelukan dalam air. Sejak sekian lama pusat peranginan TC ini memang popular sebagai destinasi ponteng' kelas terutama di lokasi yang terlindung di sebalik Bukit Pelindung. Akhbar harian popular Kosmo membuat tinjauan mendapati tidak kurang 15 pelajar lelaki dan perempuan lengkap berpakaian sekolah sedang asyik berpesta ponteng dan mandi-manda. Kebanyakan pelajar lelaki membuka baju masing-masing manakala yang perempuan berseluar panjang ketat dan berbaju kemeja T.
Mereka kelihatan begitu riang sekali sambil menjerit-jerit kegembiraan (keghairahan) lebih-lebih lagi apabila di peluk pelajar lelaki. Di pantai pula, beberapa pelajar yang tidak mandi hanya melepak sambil menghisap rokok atau tidur di pondok rehat yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di situ. Kumpulan pelajar tersebut dilihat datang ke pusat perkelahan itu secara beransur-ansur seawal jam 7.30 pagi. Jadi tidak hairanlah budaya baru warga Malaysia generasi pelapis ini terus menular kerana ada dalangnya yang mempopularkan budaya peluk-memeluk ini.

Tiada ulasan: