Kawan-kawan setia

Sabtu, 25 April 2009

Penyakit babi datang lagi, selesema babi

Laporan dari Geneva dipetik dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa terdapat sejenis wabak selesema babi yang boleh menjangkiti manusia, malah telah membunuh sekurang-kurangnya 60 orang di Mexico sebelum merebak ke negara jiran Amerika Syarikat (AS). Pihak berkuasa AS dan Mexico kini memantau perkembangan penyakit itu dengan serius.
Agensi WHO mengenal pasti selesema babi sebagai pandemik atau wabak yang berisiko menjangkiti manusia di seluruh dunia. Seorang jurucakap agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, Fadela Chaib berkata, terdapat lebih 800 kes disyaki selesema babi dilaporkan di Mexico setakat ini. Menurutnya, penyakit itu biasanya menyerang babi dan jarang menjangkiti manusia. "Virus itu disifatkan oleh AS sebagai jenis terbaru daripada himpunan virus A/H1N1. Bagaimanapun, kerajaan Mexico masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai jenis kuman itu," kata Chaib. Sementara itu, pakar-pakar kesihatan AS menjangka menemui lebih banyak kes selesema babi ketika mereka memeriksa orang ramai yang bersentuhan dengan tujuh warga California dan Texas yang dijangkiti penyakit itu. Virus selesema tersebut yang merupakan gabungan virus babi, burung dan manusia yang belum pernah dilihat penyelidik-penyelidik sebelum ini. Pakar CDC, Dr. Anne Schuchat menyatakan beliau percaya virus baru itu berupaya merebak antara manusia dengan manusia iaitu fenomena yang jarang berlaku bagi virus selesema babi. Menurutnya mereka yang dijangkiti virus itu pada awalnya mengalami simptom selesema seperti sakit tekak, sendi, batuk dan sesak nafas sebelum ia merebak menjadi jangkitan paru-paru yang teruk.

1 ulasan:

al-brangi berkata...

penyakit tu datang kerana nak cari 'kawan' dia yg perangai mcm babi, nak menyondol orang je.