Kawan-kawan setia

Ahad, 5 April 2009

Perangkap, pengguna mesti bijak

Artikel dalam Harian Metro ini patut di sebarkan kepada semua pengguna. Artikel ini mengajak orang ramai khususnya pemegang kad kredit berhati-hati berikutan peningkatan penyelewengan kad kredit yang dipercayai turut didalangi pihak bank sendiri dalam mengaut keuntungan berganda. Ini berikutan, Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) mengesan ada antara pihak bank melanggar peraturan perbankan yang sudah ditetapkan dengan menawarkan pemilikan lebih dari satu kad kredit dalam memerangkap pengguna untuk berbelanja hingga melebihi jumlah termampu. Ketua Eksekutifnya, Muhammad Sha’ani Abdullah, berkata pada tahun lalu, sebanyak 1,200 aduan diterima pihaknya membabitkan pihak bank terutamanya dalam urusan kad kredit. Ada antara aduan itu membabitkan pengurusan pihak bank yang menjerat mangsa dengan meluluskan sehingga empat kad kredit kepada seseorang individu sehingga mangsa tidak mampu membayar hutang atau ansuran kad berkenaan. “Kita melihat perkara ini sebagai satu masalah serius kerana jumlah aduan yang diterima sehingga kini adalah sangat tinggi, Malah, ada antara pengadu memberitahu mereka terjerat apabila pihak bank meluluskan empat pemilikan kad kredit pada satu masa bagi membolehkan mereka membeli barangan yang melebihi daripada jumlah had perbelanjaan dalam satu kad kredit yang dimiliki sebelum itu,” katanya dalam sidang akhbar mengenai pelanggaran garis panduan dan perbankan oleh pihak bank, di sini semalam
Pengalaman saya sendiri semasa memohon pinjaman peribadi, pihak bank telah mensyaratkan kelulusan pinjaman dengan mengambil 2 kad VISA dan Mastercard. Sayarat begini bagi sesetengah orang yang mengambil mudah akan terperangkap dengan masaalah hutang. Sudahlah terpaksa membayar pinjaman ditambah lagi hutang kad kredit. Lagi satu pengalaman saya dengan sebuah bank terbesar di Malaysia dimana tiba-tiba saya mendapat bil kad kredit Mastercard dari bank tersebut dengan caj yuran tahunan RM130. Saya terus membuat panggilan telefon kepada pusat aduan bank dan bertanyakan mengapa saya mendapat bil sedangkan saya tidakpernah memohon kad kredit tersebut. Saya minta dia lupuskan serta-merta melainkan ada bukti bertulis atau borang yang menunjukkan saya pernah memohon kad tersebut. Petugas yang menerima aduan saya akhirnya memaklumkan akan melupuskan bil tersebut dan profile pemilikan kad juga akan dipadamkan. Walaupun saya tidak pernah membuat aduan kepada mana-mana pihak tetapi sikap bank seperti ini amat tidak bertanggung jawab. Kalau seorang pelanggan bank kenakan RM130 cuba kira kalau 10ribu orang, maccam mana?. Macam tak lojik tetapi inilah hakikatnya. Lagi satu ialah pihak bank atau pekerja bank secara tidak sah sering menjual profile pelanggan kepada pihak ketiga. Saya berangapan demikian bilamana sering mendapat panggilan mengenai tawaran kad privilage berdasarkan rekod pembayaran kad kredit. Ayatnya seperti ini " Kami mendapati en... adalah salah seorang pemegang kad kredit yang mempunyai rekod paymaster yang baik jadi kami mengambil peluang ini untuk menawarkan encik kad privillage dengan kemudahan bla...bla..bla..". Saya tanya awak dari bank mana?, dia menjawab dia dari syarikat kad previllage, saya tanya dari mana awak dapat maklumat saya, yang tu dia mula beralih tajuk kepada betapa untungnya jika mengambil kad tersebut. Saya mengagak ada pihak tertentu telah menjual profile pelanggan dengan secara haram.

Tiada ulasan: