Kawan-kawan setia

Rabu, 15 April 2009

Sengaja ke tak sengaja tindakan itu mencalar budaya dan agama

Walaupun Nabil telah mengaku silap dan tindakan itu dibuat secara spontan namun TINDAKAN spontan Nabil memeluk buah hatinya, Irma Hasmie tatkala namanya diumum Bintang Paling Popular ABPBH2008, Ahad lalu, menjadi isu yang hangat dipersoalkan umum. Tidak sampai beberapa saat menjulang kejayaan, Nabil hampir mencalarkan nama baiknya sendiri. Ada yang tidak kisah dengan tindakannya itu, namun ramai yang tidak gemar dengan gelagat spontan yang melanggar batas agama. Akibat kontroversi tersebut ramai yang mahukan penjelasan mengenai tindakan tersebut yang memenangi Bintang Paling Popular yang turut menerima anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular. Nabil berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi kerana beliau hanya melakukan perkara tersebut ibaratnya tidak sampai satu kerlipan mata. “Saya minta maaf kepada peminat jika mereka merasakan tindakan itu sebagai keterlaluan pada pandangan mereka. Tindakan itu berlaku secara spontan kerana orang yang saya peluk adalah orang yang saya sayang. “saya mengaku kesilapan saya dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi,” kata Nabil berkali-kali memohon kemaafan daripada peminat. Bagaimanapun, kata Nabil, ibunya seorang yang terbuka dan menegur sikapnya itu dengan cara berlawak. “Mak adalah orang pertama yang menegur tindakan saya itu. Dia kata, dah peluk anak dara orang kenalah kahwin cepat-cepat. Keluarga tahu hubungan kami dan mereka merestui. “Saya sedar saya sudah menyinggung hati banyak pihak, terutama peminat yang seusia dengan ibu saya. Saya benar-benar memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perkara itu lagi.

Tiada ulasan: