Kawan-kawan setia

Rabu, 29 April 2009

Teknologi: Nokia 5800 Express Muzik

Nokia 5800, ataupun code-named "Tube," ialah sebuah telefon mobile pintar berasaskan sistem operasi Symbian S60 smartphone. Set ini termasuk dalam kategori siri XpressMusic phone yang menekankan kecanggihan muzik dan multimedia playback. Nokia 5800 adalah compatible untuk mode aplikasi Java dan aplikasi touchscreen. Kalau anda pernah menonton filem Batman The Dark Night, anda tentu perasaan gajet fon yang digunakan, itulah prototaip Nokia 5800 ini ketika mula diperkenalkan. Begitu juga ianya pernah di perlihatkan dalam video clip Hit No. 1 bertajuk "Womanizer" oleh Britney Spears dan Flo Rida's dalam "Right Round". Nokia 5800 juga di pertontonkan dalam banyak klip video hollywood seperti The Pussycat Dolls "Jai Ho!" dan Christina Aguilera's "Keeps Gettin' Better". Kehadiran smartfon ini mendapat pujian hebat dari majalah-majalah antarabangsa seperti UK phone magazine Mobile Choice dengan memberikan status 5 bintang dalam isu Feb. Mengikut pengumuman yang dibuat oleh Nokia pada awal tahun 2009 ini , Nokia telah mengekspot jutaan unit 5800 XpressMusic walaupun belum dilancarkan sepenuhnya diseluruh dunia dan setakat ini 2.6juta unit telah dijual.
Nokia 5800 XpressMusic bukanlah touchscreen pertama buatan Nokia malah pada tahun 2004, Nokia telah mengumumkan siri Nokia 7700 tetapi ditarik balik pengeluaran sebelum sampai ke tangan pengguna atas sebab-sebab kesetabilan sistem operasi Symbian Series 90. Kegagalan ini cepat diikuti oleh siri Nokia 7710 yang merupakan upgraded version kepada Nokia 7700 yang berada dipasaran pada tahun 2005.
Selain melancarkan Nokia 5800 XpressMusic, Nokia juga mengumumkan kehadiran Nokia N97, tetapi dari akhir 2008 hingga kini siri ini tidak sampai lagi dipasaran Malaysia. Pada saya Nokia N97 (foto sebelah) kelihatan menarik, elegan dan menepati ciri-ciri permintaan semasa bagi pengguna koporat dan high end. Beberapa kali saya mendatangi wakil-wakil penjual Nokia sekitar Bangi dan KL tetapi hingga ke saat tulisan ini Nokia N97 masih belum muncul di pasaran tempatan. Untuk menebus kehampaan, saya terus sahaja membeli Nokia 5800 ini sebab set ini penuh dengan berbagai kemudahan walaupun tidak setanding dengan iPhone. Pada mulanya saya ragu-ragu membeli Nokia 5800 ini kerana mendapat maklumat pada akhir February 2009, website "Mobile-Review.com" melaporkan kepincangan set ini dari sudut design dimana bila ianya digunakan dengan kerap pengguna kan menghadapi masaalah pada earpiece. Warranty repair yang ditawarkan oleh Nokia hanya bersifat sementara sahaja. Disebabkan kes ini pihak publisiti Nokia akhirnya mengakui kesilapan dan telah menukarkan pembekal kepada pembekal earpiece yang lain dan sejak itu iaitu selepas March 2009 semua Nokia 5800 telah dikenalpasti bebas dari masaalah earpiece. Jadi saya pun yakin dan terus membelinya pada awal April lalu dan setakat ini berpuas hati dengan features dan performan set ini. Harganya kalau AP sekitar RM1300 dan kalau nak yang ORI waranti oleh Nokia RM1500. Model yang saya beli ini masih ada stylus untuk digunakan pada touchscreen tetapi mengikut laporan "DigiTimes" Nokia telah merancang melancarkan Nokia 5800 yang baru dimana tidak perlu lagi menggunakan stylus cukup dengan menggunakan jari sahaja seperti iPhone. Kalau tuan-puan berminat model jenis yang terbaru ini kena bersabar sikit kerana model baru Nokia 5800 ini dijangka akan dipasarkan akhir June 2009. Itu pun kalau kena penyakit Nokia N97 sampai la ni pun masih belum ada dipasaran Malaysia walaupun sudah hampir setahun dilancarkan di US. walLahu A'lam

Tiada ulasan: