Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Mei 2009

Antara tanda hampir qiamat

YB Idham dalam blognya Cinaislam memaparkan satu posting yang sangat relevan dengan situasi semasa. Beliau menyebut Hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Di antara tanda-tanda hampir Kiamat ialah terhapusnya ilmu Islam, munculnya kejahilan, ramainya peminum arak dan perzinaan dilakukan secara terang-terangan.
Kalau kita perihatin dengan laporan media harian, cukup banyak laporan berkenaan dengan aktiviti zina terang-terangan ini di mana-mana sahaja dan dilakukan oleh semua generasi. Dari kana-kanak sekolah hingga datuk yang dah bongkok tiga. Kalau difikirkan sedalam-dalamnya macam tak logik budak bawah umur sudah terlibat aktiviti zina berulang-ulang kali, macam tak logik datuk berusia 70an berzina dengan cucu, tetapi itulah yang dilaporkan oleh media. Dua tiga hari lalu media melaporkan pelajar-pelajar di Kuantan melakukan aktiviti seks semasa sesi sekolah berlangsung, mereka ponteng beramai-ramai berpasangan untuk melakukan seks di Pantai Telok Cempedak. Semalam juga media memaparkan foto artis tempatan yang baru naik, berpesta arak malah mengambil foto dengan bangga sambil menunggang arak. Dimana pihak berkuasa?, mereka beralasan terlalu banyak tugas dan terlalu banyak kes, dah tak larat nak mengatasi semuanya. Rasanya ini semua bala bila salah mengundi..memilih pemimpin yang mengejar dunia yang mempermainkan tanggungjawab sebagai khalifah.

Tiada ulasan: