Kawan-kawan setia

Rabu, 20 Mei 2009

Apa nak jadi dengan warga muda kita?

Paparan laporann Harian Metro hari ini mengesahkan posting saya yang bertajuk "Antara tanda hampir kiamat" pada 16 May 2009 yang lalu.
KUANTAN: Kegiatan maksiat membabitkan pasangan kekasih yang tidak segan silu bercumbu termasuk mengadakan hubungan seks di kawasan pantai Teluk Cempedak dan Teluk Tongkang, di sini, semakin menjadi-jadi menyebabkan ramai pengunjung menyuarakan tidak puas hati dan meminta pihak berkuasa agama segera memantau lubuk maksiat itu.Seorang ahli perniagaan dikenali sebagai Yon, 40, berkata dia sering terserempak dengan beberapa pasangan memadu asmara di tempat terbuka sehingga ada yang menunjukkan aksi tidak senonoh ketika berjoging di pantai berkenaan.Malah, dia mendakwa sempat merakam perbuatan terkutuk sepasang kekasih menggunakan kamera telefon bimbit, baru-baru ini, untuk dijadikan bukti bahawa kawasan riadah dilatari kehijauan Hutan Lipur Bukit Pelindung itu menjadi lokasi strategik kegiatan maksiat.Menurutnya, aksi sepasang kekasih melakukan seks di celah batu besar termasuk dalam air di tepi pantai itu dirakam ketika berjoging kira-kira jam 3 petang, 17 Mei lalu. (Petikan Harian Metro 20 May 2009)

Tiada ulasan: