Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Mei 2009

Awas peralatan letronik dari disambar petir

Mengambil iktibar dari pengalaman saya berikutan kejadian petir yang memusnahkan keseluruhan alat letronik dua hari lepas, saya mencadangkan supaya sama-sama kita berjaga-jaga agar peralatan letronik yang begitu mahal terpelihara. Anatara yang saya akan buat ialah:
1) Menutup setiap peralatan bila berlaku hujan lebih-lebih lagi bila petir bermula.
2) Menyediakan "Power Surge" kepada talian telefon dan bekalan kuasa TNB.
3) Alat letronik tidak disambung terus dari bekalan kuasa tetapi melalui AVR (Auto Voltage Regulator)
4) UPS nampaknya tidak menyelamatkan peralatan bila berlaku serangan petir bahkan semua peralatan saya yang disambungkan UPS rosak ternasuk UPS sendiri.
5) Menyediakan dawai bumi yang effective untuk talian telefon, (bagaimana tu?, sebab untuk dawai bumi yang effective perlu tanak besi sedalam 5 kaki atau lebih dan seboleh-bolehnya mempunyai rintangan ke bumi kurang dari 5ohm.)

Tiada ulasan: