Kawan-kawan setia

Jumaat, 29 Mei 2009

Beriya-iya pasal CP ni ada udang disebalik batu ka?

Terkini, media perdana begitu galak mempromosikan kerajaan Malaysia menolak CP. Saban hari muka depan akhbar bagai nak gila menolak CP. Apa ramai sangatkah yang masih gila bayang kat CP ni. Ada pihak yang mogok lapar atau buat demonstrasi jalaan ke kerana CP?, Rasanya rakyat terbanyak tak tahu pun, kenapa tiba-tiba meletup di media. Ada udang disebalik mee ke?. Contohnya cuba lihat media semalam, "Kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak dalam soal mengiktiraf pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai nasionalis", kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.  Katanya berdasarkan keputusan mahkamah 30 April lalu, kegagalan Chin Peng mengemukakan bukti sijil kelahiran dan kewarganegaraan menafikan haknya untuk menetap di Malaysia.
Katanya kepulangan semula Chin Peng boleh mencetuskan sentimen tidak puas hati terutama di kalangan ahli keluarga mangsa kekejaman komunis dan anggota keselamatan yang terkorban ketika pemberontakan PKM dahulu. Adalah dilaporkan bahawa dalam tempoh PKM mengganas antara 1948 hingga mereka meletakkan senjata pada 1989, kira-kira 2,500 orang awam dan 1,865 anggota pasukan keselamatan terkorban.

Rabu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng kembali menetap di negara ini.

Katanya kepulangan bekas pengganas itu hanya akan menimbulkan rasa tidak puas terutama sekali pada pejuang negara dan ahli keluarga yang terkorban akibat angkara pemberontakan PKM.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan supaya kerajaan membenarkan Chin Peng pulang dari Thailand untuk menetapkan di Malaysia dengan alasan bekas pemimpin komunis itu bukan lagi merupakan ancaman terhadap keselamatan negar

Tiada ulasan: