Kawan-kawan setia

Jumaat, 22 Mei 2009

ggura bewok

Masa dikampung memang cukup terkenal ungkapan "ggura bewok" atau bergurau macam biawak. Sebabnya kalau bergurau dengan biawak kita habis dicakarnya yang mengakibatkan kesakitan atau cedera. tajuk posting ini ada kena mengena dengan trend media elektronik tempatan yang mengenakan pendengar dengan berbagai cara. Ada yang namanya panggilan hangit, ada yang namanya kantoi, ada yang namanya wakenabeb dan berbagai jenama lain. Bergurau macam ini bagi penggurau memang seronok, ketawa bagai nak gila bila kawan tu dapat dikenakan. Namun bagi yang dikantoikan ia melibatkan maruah yang tercalar, hati yang luka macam dicakar biawak tadi. Tak tahu lah pendapat orang lain tetapi bagi saya ia memalukan. Ada satu kes yang hangat diperkatakan bila satu sesi panggilan hangit dibuat terhadap seorang pelajar yang menunggu keputusan biasiswa dikenakan oleh DJ dengan panggilan tersebut bahawa beliau tidak berjaya mendapatkan biasiswa yang dipohon terus menagis teresak-esak dan meletakkan telefon dalam keadaan Dj belum sempat menerangkan ianya hanya gurauan sahaja. ...

Tiada ulasan: