Kawan-kawan setia

Ahad, 31 Mei 2009

Hasil kerja gopoh BN

Blog PASBANGI telah mendedahkan keadaan Pusat Komuniti ini dalam posting sekitar Jun 2008 yang kelihatan begitu rapuh dan telah dibina dengan tergopoh-gapah oleh UBN menjelang PRU 2004. Strukturnya tidak kukuh lebih-lebih lagi ke adaan tembok yang memgari Pusat Komuniti ini sangat tidak selamat. Diberitakan keseluruhan bangunan ini termasuk pagarnya dibina dalam sekelip mata sebagai markas UBN untuk menghadapi pilihanraya. Bangunan ini sepatutnya tidak mendapat kelulusan MPKj tetapi kemungkinan MPKj ditekan supaya setuju dan memejamkan mata terhadap Markas ini.


Bangunan ini terletak di hadapan stesen Petronas Seksyen 4 Bandar Baru Bangi dan telah dirasmikan oleh mantan MB Selangor DS Dr Khir Toyo. Hari ini ketara dilihat oleh orang ramai tembuk yang memang dilihat tidak kukuh dan memang tidak kukuh langsung telah menyembah bumi dengan sendirinya. Mungkin ini tanda-tanda akhir UBN di Bangi ini juga akan menyembah bumi, pupus dari sejarah Malaysia.
Foto jarak dekat

Tiada ulasan: