Kawan-kawan setia

Sabtu, 30 Mei 2009

Hasut, di mana keadilannya

Sudah ramai ahli Pakatan Rakyat ditangkap, dilokap, di ISA kerana didakwa menghasut. Individu tak berparti seperti blogger pun dah berdozen di tangkap atas alasan akta hasutan atau menghasut. Terbaru Cik Gu Bad di minta hadhir dibalai Polis juga atas alasna menghasut melalui siri drama AlTantuya. Namun apa pula tindakan pihak berkuasa jika anggota parti yang menerajui kerajaan MENGHASUT?. Tindakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menasihatkan para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti tidak keluar mengundi Ahad ini jelas dan terang seterang matahari adalah keterlaluan dan bersifat menghasut. Kita bersetuju dengan komen Bendahari PAS Pusat Dr Hatta Ramli bahawa seruan Khairy itu jelas menyalahi sistem demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat untuk mengundi sekaligus memilih pemimpin mereka sendiri.
“Dia kata tidak mahu memperlekehkan institusi demokrasi negara ini tetapi seruannya jelas membuktikan, dia sendiri yang memperlekehkan sampai sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan itu. Katanya sifat pengecut Umno itu sudah terbawa-bawa sehingga ke tahap ‘bahaya’ apabila cuba menasihatkan para pengundi yang sudah matang dan bijak berfikir setelah menyertai 12 pilihan raya umum dan kecil untuk tidak keluar mengundi.
“Saya minta pihak berkuasa. polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat kenyataan Khairy yang dilihat berbahaya, tidak demokratik dan tidak galakkan rakyat meneruskan amalan demokrasi yang sudah diguna pakai sejak sekian lama dan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy di sebuah akhbar hari ini yang menasihatkan pengundi tidak keluar mengundi kerana menyifatkan pilihan raya kecil yang diadakan di Penanti memperlekehkan institusi demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Dr Hatta berkata, belum ada mana-mana pihak yang pernah memberi saranan seumpama itu sekaligus membuktikan Ketua Pemuda Umno itu sudah ketandusan idea untuk meraih sokongan sebaliknya mengunakan kaedah yang bertentangan dengan semangat demokrasi yang di dukung oleh semua rakyat dan Pakatan Rakyat.
Katanya situasinya pasti berbeza jika pihak Pakatan Rakyat yang mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan sudah pasti pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas.“Saya bimbang jika tidak dihalang dan tidak diambil sebarang tindakan, ianya akan berlanjutan sehingga ada pihak akan membuat ancaman ugutan pula kepada para pengundi.
“Kita tidak terkejut dengan tingkah laku parti yang cukup tertekan dan ‘desperate’ untuk melakukan apa saja untuk memastikan kekalahan Pakatan Rakyat yang kini mendapat tempat di hati seluruh rakyat di Malaysia ,” katanya. Pilihan raya Ahad ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara tiga calon Bebas dengan seorang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Empat calon tersebut ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor, Aminah Ronggeng (panggilan manisnya kak Min tetapi kak Min tak kisah dipanggil Minah Ronggeng-glamour gitu, dan 2 lagi calon yang tidak popular.

Tiada ulasan: