Kawan-kawan setia

Selasa, 5 Mei 2009

Jangan tersampuk....ingat perjuangan

Pakatan Rakyat memiliki jumlah media yang terhad, capaian media yang terhad, legaliti yang terhad, maka jika media PR juga berlagak sebagai media lawan, kononnya memberi keadilan keadilan semua pihak meluahkan perasaan, kepada siapa lagi harapan rakyat terbanyak. Saya rasa tidak adil kepada PR bila media yang sepatutnya pro PR pun menghentam dan mengadu domba parti sendiri. Terkini berbagai isu dalam PR didedahan oleh media kita sendiri, isu Nik Abduh, isu Timbalan Presiden dari kumpulan bukan ulamak, isu Anwar menyakiti PAS dalam kes Penanti dan macam-macam pekung dipaparkan oleh media kita sendiri. Sudahlah media perdana saban hari melaga-lagakan antara pemimpin PR, antara pemimpin PAS, antara Angkatan Pemuda dengan Pusat dan lai-lain lagi. Sekarang ini dalam Harakahdaily pun ada tulisan seperti ini, apalagi dalam Tranungkite...dah tak boleh jadikan penyejuk mata, bergantung harapan. Sedarlah musuh kita sedang menunggu perpecahan PR, bila sudah pecah, satu-satu akan dibaham, jangan masuk perangkap, kena bersatu.

Tiada ulasan: