Kawan-kawan setia

Rabu, 27 Mei 2009

Juara single

Kalau hanya berani didepan penyokong sendiri, lepas tu lawan sendiri-sendiri tanpa lawan sebenar boleh dipangil juara single. Begitu lah hakikatnya dengan juara single dari UMNO ini. Sepatutnya semalam berlaku debat - berhujah membabitkan Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam Program Hujah TV9 malam tadi namun tidak menjadi kenyataan. Husam yang ditemui tengah hari tadi berkata, beliau menerima makluman daripada stesen tersebut bahawa Zahid yang juga Menteri Pertahanan tidak dapat mengambil bahagian dalam program malam ini. Sebaliknya TV9 memaklumkan kepada Husam Zahid mengesyorkan nama bekas Ketua Pemuda Keadilan, Ezam Mohd. Noor yang menyertai Umno setahun lalu, sebagai pengganti beliau. Dengan tegas Husam berkata, "Saya mahu berdebat dengan Zahid, bukannya Ezam,". Program tersebut yang dijadual untuk siaran pukul 9.30 malam menyentuh soal Rasuah Politik.

Tiada ulasan: