Kawan-kawan setia

Ahad, 31 Mei 2009

Kak Min hilang wang pertaruhan


Nampaknya segala susa jerih kak min atau ada orang memanggil dengan nama manja "Minah ronggeng" tak berbaloi bila beliau hanya mendapat 392 undi. Berbagai usaha dibuat seperti mengeluarkan CD, dan sebagainya tidak dilayan oleh rakyat terbanyak. Ketokohan calon PKR, Mansor Othman masih tidak tergugat dengan memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi atau menang dengan majoriti 5,558 undi. Selain kak min calon bebas yang lain juga hilang wang pertaruhan, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Situasi beginilah yang digeruni oleh UBN, mana nak letak muka kalau dah hilang wang pertaruhan. Apa erti hidup jiga samapai ke tahap itu ditolak oleh rakyat...lebih baik jangan bertanding biarpun diperli oleh pihak lawan bertubi-tubi..Apa-apapun GMU ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada YB Dr Mansor.

Tiada ulasan: