Kawan-kawan setia

Jumaat, 22 Mei 2009

Kapal BN semakin bocor,...

Sudah sedar kapal semakin bocor, orang yang waras tak akan menunggu lama, carilah kapal baru yang semakin kukuh. Keharuan politik Perlis menyebabkan ahli UMNO dan MCA berlumba-lumba beralih kepada kapal Pakatan Rakyat. Jika sebelum ini berita memaparkan 1000 ahli UMNO yang hilang kepercayaan terhadap UMNO beralih ke PKR dan terbaru ahli MCA beralih ke DAP. Kini DAP kembali bertunas di Perlis setelah 24 tahun tidak bergerak cergas apabila sekumpulan anggota masyarakat Cina yang tidak senang dengan MCA menubuhkan enam cawangan baru. Semua cawangan itu ditubuhkan sejak dua minggu lepas dan, menurut seorang pemimpin kanan DAP negeri, "DAP mencipta satu sejarah bagi parti itu". Kali terakhir parti tersebut mempunyai satu-satunya cawangan dalam parlimen Padang Besar adalah pada 1985 tetapi kemudian dibubarkan kerana tidak aktif, kata timbalan pengerusi DAP Kedah dan Perlis".

Tiada ulasan: