Kawan-kawan setia

Jumaat, 1 Mei 2009

Kefahaman masyarakat tentang kecemasan 999

Apa yang anda tahu tentang nombor kecemasan 999. Tahukah anda pusat penggilan kecemasan 999 mendapat lebih 90% panggilan palsu setiap hari. Tahukah anda kesan dari panggilan palsu?. Kesannya adalah terhadap pemanggil yang benar-benar dalam kecemasan, mendapati talian sesak, pusat panggilan sibuk. Apa jadi kalau masa itu kediaman sedang terbakar, kemalangan yang hampir meragut nyawa, perompak sedang memotong jeriji besi untuk masuk...dan berbagai kecemasan lagi. Pusat panggilan kecemasan 999 memerlukan warga negara yang perihatin bersama-sama pihak bekuasa menangani panggilan palsu. Gunakan talian 999 hanya untuk kecemasan. Kategori kecemasan ialah bila keadaan yang melibatkan nyawa, kehilangan harta benda, kehormatan, kecederaan, kemalangan. Bukanlah kecemasan namanya jika kereta rosak, kereta sudah dicuri dan tak tau bila dicuri, dah lama berlaku, sakit kepala... beli je panadol, kematian, handset tak ada kredit dan sebagainya.

Tiada ulasan: