Kawan-kawan setia

Isnin, 11 Mei 2009

Kembali ke tampuk

Sejarah terukir lagi, yang berhak telah dikembalikan haknya, yang disahkan haram sila lepaskan pegangan haram. Bersihkan diri kembali ke pangkal jalan. Tun Mahathir dah pesan, walaupun Melayu mudah lupa, janganlah buat sesuatu dengan tergopoh-gapah, akibatnya melantun kepada diri sendiri. Kalau dah dapat majoriti, bila tiba persidangan DUN buatlah undi tak percaya maka jatuh lah MB Pakatan Rakyat secara undang-undang dan lantik MB pilihan awak. Ini tak nyempat-menyempat culik 3 ADUN yang bermasaalah, mengadap Sultan dan angkat sumpah MB baru, tak kena dengan undang-undang. Sekarang siapa malu?, sendirilah tanggung. Siapa yang pening sepening-peningnya?, Datuk Najib juga yang pening akibat memilih salah orang untuk membuat tindakan. Ingatkan boleh diharap rupanya membawa musibah kepada diri sendiri.
Kalau tengok body language semasa persidangan DUN zaman jepun hari itu pun nampaknya Raja Muda lebih rapat dengan DS Nizar, seolah-olah Raja Muda sudah berbau yang DS Nizar akan memperoleh apa yang dia hilang dalam masa terdekat kembali sebagai MB yang sah. Keputusan Mahkamah memang ditunggu-tunggu oleh semua, tetapi seolah-olah hatrik Pakatan Rakyat, dalam melawan BN diarena politik, dimahkamah pun PR masih menang, macam skor 5-0. Ekoran dari keputusan yang berterusan memihak kepada PR Tok Guru Nik Aziz menyarankan semua ahli PR yang Muslim supaya solat Syukur dan berpuasa esok, Selasa 12 May 2009.

Prof Hamirdin dalam komen dalamblognya mengharapkan keputusan mahkamah yang diterima hari ini dapat menjernihkan sebahagian gelita dan salah satu cara yang paling AULA ialah membubarkan DUN dan biarlah rakyat Perak diberi peluang menentukan kerajaan yang mereka kehendaki.





Doa kita semoga keputusan pilihanraya nanti tetap akan berpihak kepada Pakatan Rakyat dan sekali lagi DS Nizar ditauliahkan sebagai Undisputed MB Perak.




Tiada ulasan: