Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Mei 2009

KENAPA SEKARANG UMNO TAKUT DENGAN PILIHANRAYA

Sedutan artikel oleh Narito Sensei
..?Pelik..! Tetapi inilah kenyataan yang dapat kita lihat. UMNO seolah2 sekarang ini telah hilang jatidirinya hanya nak mempertahankan kuasa tanpa melalui Pilihanraya. Setelah melihat perkembangan terkini, masyarakat tertanya-tanya apakah UMNO sekarang sudah kehilangan keris dan taring sehingga begitu fobia untuk berhadapan dalam Pilihanraya. Selama 51 tahun UMNO tidak pernah sekali pun mengelak untuk bertanding dalam Pilihanraya. Tetapi perkembangan muktahir ini terutama dalam Krisis Politik di Perak dan Pilihanraya DUN Penanti telah membuktikan kebenarannya. Masyarakat termasuk Parti Komponen BN sendiri telah membuat kesimpulan bahawa UMNO sekarang sudah terlalu Trauma dan Fobia untuk bertanding dalam Pilihanraya. Apakah yang menyebabkan UMNO begitu fobia sekali untuk mengadakan Pilihanraya terutama sekali melibatkan DUN Perak yang menyebabkan Krisis ini berpanjangan.?
Berikut dihuraikan satu demi satu sebab2 yang mengakibatkan UMNO cuba mengelak Pilihanraya diadakan:
1)Sokongan Rakyat.! UMNO mengetahui dalam situasi sekarang, sokongan rakyat lebih memihak kepada PR. Ini tidak dapat dinafikan lagi, apabila berlaku pertembungan kedua-dua penyokong dalam keempat-empat PRK yang lepas. Ini jelas dapat dilihat apabila penyokong PR yang hadir pada hari Penamaan Calon dilihat lebih ramai dari penyokong BN itu sendiri. Malah dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Nisbah kehadiran penyokong PR dan BN yang hadir memberikan sokongan adalah : 10 PR kepada 1 BN. Inilah yang paling ditakuti oleh BN kerana dihari Penamaan calon sahaja mereka telah dimalukan sebegitu rupa. Bayangkan kehadiran penyokong PR di Bukit Gantang sahaja mencecah lebih 50,000 orang.Sedangkan penyokong BN hanya dalam lingkungan 5 ke 6 ribu orang sahaja. Sudah tentulah semangat mereka akan jatuh dihari penamaan calon lagi

2).. dan seterusnya sila baca komen Naruto dalam posting Jumaat 15 May 2009.

Tiada ulasan: