Kawan-kawan setia

Khamis, 21 Mei 2009

Lagi ..antara tanda dunia akhir zaman

Seorang pelajar dari Romania berusia 18 tahun, Alina Percea, yang melelong daranya di Internet sejak dua bulan lalu akhirnya melakukan hubungan seks bersama seorang lelaki ahli perniagaan dari Bologna, Itali berusia 45 tahun yang menjadi pemenang lelongan daranya. Remaja jelita itu melakukannya bersama lelaki tersebut yang memenangi bidaan dengan harga AS$13,599 (RM48,159) sekali gus berjaya mendapat dara Alina. Dia turut membiayai kos penerbangan Alina ke Itali dan mereka menginap di sebuah hotel mewah di Venice. Dunia sudah sampai ke penghujung usia, perbutan melelong maruah diinternet, melakukan zina di war-warkan sebagai sesuatu yang begitu dibanggakan, bahkan diceritakan secara terperinci kepada umum umpamanya beliau menceritakan detik-detik dari ketibaan di sebuah lapangan terbang di Venice, lelaki itu datang menyambutnya dengan senyuman dan menghadiahkan sekotak coklat , kemudian bersiar-siar di sekitar Venice, pulang ke hotel, bercium dan menanggalkan baju masing-masing, baring di atas katil sampailah ke saat akhir.
Kita doakan sungguh-sungguh supaya kerja gila orang barat seperti ini tidak berjangkit ke sini sebab kita bimbang dengan perangai orang kita biasanya akan mengimpot apasaja yang dibuat dibarat sana ke dalam budaya tempatan selaras dengan Malaysia boleh. Kita semua maklum bila barat buat program realiti, Malaysia pun buat program realiti ...barat buat gadis pom-pom yang berskirt pendek, Malaysia pun buat gadis pom-pom begitu, barat buat pertandingan ratu cantik yang antara agendanya pakaian separuh bogel, Malaysia pun tidak ketinggalan. Kini penyakit melelong dara sudah popular di barat,...kita bimbang ni...

Tiada ulasan: