Kawan-kawan setia

Isnin, 11 Mei 2009

Lagi manusia keparat..

Saya paling geram sekali bila baca ada seorang manusia yang berpangkat datuk memiliki nafsu binatang yang sanggup memusnahkan masa depan seorang kanak-kanak perempuan yatim piatu apabila dipercayai dirogol datuk tirinya yang selama ini menjadi tempat bergantung selepas mangsa kematian ibu. Tindakan jijik spesis iblis ini dipercayai dilakukan di rumah lelaki itu. Kejadian malang ini telah disedari pengasuh mangsa apabila melihat kanak-kanak itu berada dalam keadaan kesakitan ketika mahu membuang air kecil di tandas rumahnya lalu mengesyaki ada perkara buruk berlaku selepas mendapati cecair kuning mengalir di kemaluan mangsa, lalu wanita itu membawanya ke Hospital Machang untuk membuat pemeriksaan lanjut. Bila mangsa diajukan soalan berkaitan kesakitan dialami sebelum itu secara spontan berkata: ‘datuk buat gini-gini ke kemaluan’. Mangsa kemudia dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada hari sama untuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap kemaluannya.“Hasil pemeriksaan, pakar mendapati mangsa dirogol kerana ada kesan koyakan di bahagian kemaluannya.

Tiada ulasan: