Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Mei 2009

Lagi penyakit membawa maut

Selepas dunia ketakutan dengan wabak selesema H1N1, di Malaysia ada satu lagi kes baru yang dibawa oleh penyakit lain pulak iaitu meningitis.
Meningitis: Seorang pelatih PULAPOL Jempol mati (BH15 May2009)
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat satu kematian di kalangan pelatih Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Jempol, Negeri Sembilan, di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban semalam, akibat meningitis. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata hasil bedah siasat didapati mangsa menghidap "Acute Pericarditis" dan kementerian masih menyiasat punca sebenar kejadian ini. "Buat masa ini, terdapat dua kes yang dirawat di wad pengasingan Hospital Jempol. Keadaan mereka adalah stabil.
"Sebanyak 29 orang pelatih berada di dalam pemerhatian," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, aktiviti pemantauan ke atas pelatih dan kakitangan di PULAPOL itu terus dijalankan oleh petugas kesihatan selama 24 jam dan sesiapa yang mempunyai gejala jangkitan akan dirujuk terus ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut

Tiada ulasan: