Kawan-kawan setia

Isnin, 18 Mei 2009

Lagi wabak baru...

Komandan di semua 80 kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) di seluruh negara diminta segera melaporkan kepada hospital terdekat jika wujud simptom, terutama wabak influenza A(H1N1) dan meningitis yang membabitkan pelatih di kem mereka. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata langkah ini bertujuan supaya pencegahan dan kawalan segera boleh diambil.“Dalam hal ini kita juga meminta pembantu perubatan dan jururawat Kementerian Kesihatan yang ditempatkan di kem berkenaan supaya turut memainkan peranan sama. Jika didapati mana-mana pelatih ada tanda ini, kita minta supaya mereka segera dihantar ke hospital berdekatan,” katanya