Kawan-kawan setia

Sabtu, 16 Mei 2009

Lutfi di uji lagi

Saya turut bersimpati dengan ujian yang berat diterima oleh saudara Lutfi Othman Ketua Pengarang Harakah, semoga Lutfi tabah menghadapi dugaan demi dugaan yang diterima beliau dan kita doakan semoga anaknya Syfiq akan sembuh segera. Saya yang selalu mengikuti berita Harakah masih ingat beberapa tahun lalu Lutfi sendiri menderita sakit yang lama, kemudian anak perempuan beliau kalau tak silap saya, yang membawa kepada meninggal dunia, dan kini anak lelaki beliau pula. Kini anak ketiga beliau, Ahmad Ikmal Syafiq, 13 berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang kerana demam denggi berdarah sejak 11 May lalu dan yang berlarutan selama lebih lima hari dan dipindahkan ke ICU kerana kritikal sejak tiga hari lalu. Kita memahami kerisauan beliau dan men doakanlah dia pulih semula. Dewasa ini terlalu banyak penyakit kritikal yang menggerunkan rakyat Malaysia seperti denggi, chikungunya, meningitis dan terbaru selesema babi (H1N1). Segala bala ini tentu ada puncanya, marilah sama kita muhasabah diri dan membetulkan keadaan negara secara berjamaah, didalam satu wadah yang sudah establish, PAS

Tiada ulasan: