Kawan-kawan setia

Rabu, 27 Mei 2009

Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor





SHAH ALAM, 20 Mei - Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor bakal merintis langkah pertama proses penjenamaan semula dengan mengadakan Majlis Pelancaran Penjenamaan Semula Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (Rebranding PPAS).

Sesuai dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang ingin turut menjadikan perpustakaan sebagai Hub Ilmuwan, pelancaran ini bakal menarik lebih ramai pengunjung dan pencinta buku ke perpustakaan.

Logo Baharu Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Logo Baharu Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Majlis Pelancaran bakal disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor pada 26 Mei (Selasa) jam 10.00 pagi di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Turut serta Eksko Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor, YB Puan Dr Hjh Halimah bt Ali merangkap Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PPAS.

Mastura Hj Muhammad
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Tiada ulasan: