Kawan-kawan setia

Ahad, 10 Mei 2009

Masih panas

Adakah patut:
Kekecohan dalam DUN Perak seperti telah dirancang dengan rapi dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada jentera kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Adakah patut?, kerajaan sepatutnya bersikap adil terhadap rakyat tanpa mengira perbezaan parti dan pegangan agama.
Adakah patut:
Polis seperti telah bersiapsedia dengan skrip yang diberikan, menangkap siapa sahaja yang berada dalam lingkungan 500 meter dari bangunan DUN, Menangkap siapa sahaja yang mengajak berhimpun di Perak atas alasan keselamatan. Hj Mohamad bin Sabu ditangkap di KL, dituduh cuba membuat kekacauan di Perak, sedangkan beliau tiada satu pun program yang melibatkan beliau ke Perak. Adakah patut?. Tak patut...
Adakah patut:
Bentara tidak dibenarkan patuh pada arahan speaker V Sivakumar. Tak patut, sebab Bentara adalah dibawah kuasa speaker
Adakah patut:
Juruteknik PA system DUN membisukan semua mikrofon dalam dewan kecuali mikrofon Timbalan Speaker. Tak patut, ni kerja jahat menafikan suara ADUN dan speaker. Dengarnya ni kerja SUK Perak. Kena tanya DS Hj Nizar betul ke tidak. Tapi tak patut, kerana bila mikrofon Speaker tidak berfungsi mereka akan beri alasan tidak mendengar arahan Speaker dan menganggap Speaker gagal mejalankan tugas lalu Timblan Speaker ambil alih tugas dan melantik Ganesan sebagai Speaker baru. Sebenarnya sudah pecah anak tekak Speaker V Sivakumar memberi arahan, sebab mikrofon tak berfungsi maka dalam hingar-bingar yang disengajakan kelihatan V Sivakumar tidak berbuat apa-apa untuk memulakan sidang DUN
Arahan Speaker V Sivakumar yang tidak diendahkan: "Semua ADUN yang digantung HAK diminta keluar", depa buat pekak badak je. "Semua individu yang tidak berkenaan dengan DUN diminta keluar", depa buat pekak badak je. "Bentara sila ikut arahan Speaker", pun buat pekak badak je. Kerana…Semua ADUN BN dan bebas dilarang patuh arahan Speaker DUN V Sivakumar. Lalu…semua orang tahu akhirnya satu kumpulan Gerak Khas mengangkut Speaker bila diberi isyarat dan mengurung didalam bilik yang disediakan.
Adakah patut?..tak patut, akibat dari itu akan keluar seluruh media perdana ADUN Pakatan Rakyat buat kecoh di sidang DUN Perak, tidak beradab, tak hormat Raja, OKU pun dimaki hamun, gerakan bermula ke arah REPUBLIK dari DUN Perak, dan berbagai lagi. Ohhh memang tak patut.

Tiada ulasan: