Kawan-kawan setia

Ahad, 10 Mei 2009

Media oh media


Menteri Besar kudeta, Zambry Kadir hari ini melahirkan rasa kecewa dengan segelintir media yang didakwanya membuat laporan yang tidak memberi gambaran sebenar kejadian kekecohan pada persidangan DUN Perak, Khamis 7 May lalu. "Laporan dan gambar yang disiarkan tidak menunjukkan siapa yang sebenar membuat kekecohan...saya minta media membuat laporan yang adil dan objektif (maksudnya menyebelahi BN sahaja). "Gambar selektif yang portray (janganlah guna bahasa penjajah awak parti Melayu) ADUN BN yang mulakan kekecohan,...media tidak sokong BN tidak apa tetapi biarlah laporan dibuat secara adil. (kah..kah..kah...macam merajuk je..). "Kita tidak puas hati dengan akhbar tertentu yang tidak objektif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan rakyat di Changkat Jering, di sini. Zambry Kudeta berkata suasana kecoh pada persidangan DUN hanya bermula apabila wakil pembangkang menyeberang dan berkumpul di sebelah kerusi wakil BN sebaik beliau mengemukakan usul. "Siapa yang mulakan kekecohan...awal-awal lagi mereka serang kita dan tindakan mereka itu tidak bertanggungjawab dan tidak bertamadun," katanya. (Kudeta ni bertamaddun?). Beliau berkata, tindakan pembangkang yang berebut tempat duduk di sebelah kanan, mengubah sendiri tanda nama, tidak dilaporkan. "Pembangkang kini sibuk mengadakan ceramah kononnya Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah memanggil Hj Nizar sebagai pengiktirafan kepada pemerintahan Pakatan Rakyat...saya harap media lapor dengan adil dan tidak melaporkan pembohongan dan kekeliruan yang sedang dilakukan mereka," katanya. Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap media, Zambry berkata kerajaan BN Perak tidak akan menyekat mana-mana akhbar kerana menghormati kebebasan media. (Nampaknya berbagai pihak tidak puas hati dengan lapotan media)

Tiada ulasan: