Kawan-kawan setia

Sabtu, 2 Mei 2009

Muktamad, calon DUN Penanti dari PKR

Keputusan PAS Pusat menolak hasrat Pemuda PAS Pulau Pinang supaya PAS meletak calon bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu. Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali menegaskan demikian bagi menutup desas-desus kepimpinan Pemuda Pulau Pinang yang dihangatkan oleh media perdana supaya bertanding di DUN Penanti. Kerusi tersebut kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), jadi PAS sebagai parti yang tetap berpegang pada perjanjian bersama (MOU) tegas dengan keputusan tersebut. Lagipun rakan PR PAS, iaitu PKR telah pun mengumumkan calon mereka untuk DUN Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56. Kami sebagai pemerhati dari jauh pun tertanya-tanya apa yang sebenarnya Pemuda PAS PP sedang hadapi kerana banyak perkara kontriversi telah timbul melibatkan Pemuda PAS PP yang sampai kepada kita. Mungkin pihak kepimpinan PAS kena buat diskusi atau muqabalah atau mendengar keluhan sebenar Pemuda PAS PP kerana jika dibiarkan berkemungkinan isu yang kecil menjadi satu iasu yang besar dimasa akan datang. Pakatan Rakyat mesti bersepadu dan dilihat bersepadu dan saf Pemuda pula penting bagi PAS sebagai pelapis akan datang, jadi kena timbang-timbanglah. Menarik rambut dalam tepung kena berhati-hati, kalau terputus rambuttersebut, tepung tu pun tak boleh digunakan lagi... walLah hu A'lam.

Tiada ulasan: