Kawan-kawan setia

Sabtu, 30 Mei 2009

Musim walimatul urus

Tahniah kepada blogger Raden Al-Brangi kerana semalam telah menikahkan putri beliau dengan seoang putra dari Terengganu Darul-Iman. (macam cari kroni je ni..) Namun kita bersukur kepada Allah yang telah memberikan rahmatNya dengan kesempurnaan majlis tersebut. Bila tersebut cerita walimatul urus ni kita rasa kesian kepada sahabat kita Hj Akil Hayy yang kini dilanda kekusutan kemasaian rumahtangga gara-gara gosip media yang tak habis-habis membuat provokasi sehingga menonjolkan isteri kesayangan beliau dimedan letronik dan memuntahkan rahsia-rahsia suami isteri yang sepatutnya mnjadi akta rahsia pasangan masing-masing. Kita risau hasil provokasi media Hj Akil pun terikut-ikut membuat pendedahan kepada media pula sebagai balasan. Kalau ini berlaku, malanglah bagi sebuah rumah-tangga yang dibina sekian lama. Kita doakan semoga Akil tetap tabah berdakwah, kembalikan keharmonian yang selama ini dijaga dan maafkanlah ketelanjuran isteri anda. Kita pun keberatan meletakkan kesalahan kepada Maiza mauhupun Waheeda. Mereka adalah mangsa gossip yang telah menjadi adat dan budaya kelompok artis. tanpa gossip seolah-olahnya dunia artis malap sedangkan gossip ni bahasa glamour, bahasa agama kita panggil fitnah, mengadu domba insan lain.

Tiada ulasan: